Tuesday, July 27, 2010

Sahabat Alam Malaysia

Sahabat Alam Malaysia
Sejarah



Written by Administrator
Friday, 19 June 2009 01:52
Sahabat Alam Malaysia (SAM) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1977. Menyertai Friends of the Earth International (FOEI) sejak 1983. Perjuangan SAM adalah untuk memelihara alam yang diamanahkan dan dianugerahkan Tuhan daripada dieksploitasi dan dimusnahkan dalam pelbagai bentuk atas nama pembangunan, kemajuan dan kemodenan serta membela hak masyarakat akar umbi yang terkesan akibat-aktiviti ini.
Last Updated on Friday, 19 June 2009 02:32
SAM - Pengenalan



Written by Administrator
Saturday, 23 May 2009 10:41

Sahabat Alam Malaysia (SAM) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan pada tahun 1977. Perjuangan SAM adalah untuk memelihara alam yang dianugerah dan diamanahkan oleh Tuhan daripada dieksploitasi dan dimusnahkan oleh kegiatan manusia dalam pelbagai bentuk atas nama pembangunan dan kemajuan.

Dalam mengembangkan wadah perjuangan alam sekitar ini, SAM telah di beri penghargaan dengan penganugerahan Global 500, Honour Roll 1978, Alternative Global Price 1988, Goldman Award 1991, Conde Nast Travel Environmental Award 1998 dan The Right Liverhood Award.
Namun, dengan tidak merasa besar diri dengan anugerah ini, keutamaan SAM kini dan selamanya hanya satu iaitu meneruskan perjuangan dalam membina kesedaran kritikal masyarakat dan kerajaan di semua peringkat terhadap tanggungjawab dalam mengawal kegiatan manusia terhadap alam dengan mengembalikan kewarasan kita dalam menguruskan sumber alam demi keharmonian hidup dan untuk generasi masa depan.